ETIKA DALAM PERPUSTAKAAN SK AMPANG TINGGI

ETIKA DALAM PERPUSTAKAAN

• Murid dibenarkan masuk perpustakaan dengan kebenaran guru bertugas dan iringan guru. Murid tidak dibenarkan berada dalam perpustakaan tanpa iringan guru berkaitan.

• Murid mestilah membenarkan pegawai bertugas memeriksa sebarang bahan yang dibawa masuk atau keluar daripada perpustakaan.

• Murid tidak dibenarkan membawa sebarang beg, payung, baju hujan dan bungkusan ke dalam perpustakaan.

• Murid dikehendaki senyap dalam perpustakaan. Membuat bising adalah dilarang sama sekali.

• Murid dibenarkan mengambil buku dari rak buku dan memulangkannya ke tempat asalnya atau ke dalam rak pulang buku.

• Murid tidak dibenarkan membawa atau memakan makanan dan minuman di dalam perpustakaan.

• Murid tidak dibenarkan berlari , membuat bising atau mengganggu orang lain dalam perpustakaan.

• Murid tidak dibenarkan merosakkan sebarang peralatan, bahan atau buku-buku perpustakaan.

• Murid dibenarkan membawa alat tulis dan buku nota / buku latihan sahaja ke dalam perpustakaan. Beg sekolah dan lain-lain kelengkapan hanya boleh dibawa masuk dengan mendapat kebenaran guru perpustakaan yang bertugas.

• Murid dikehendaki membuka kasut sebelum masuk perpustakaan.

• Murid-murid dikehendaki membuat kerja-kerja bacaan dan rujukan seperti mana yang diminta oleh guru.

• Murid tidak dibenarkan membuat salinan sebarang daripada kandungan buku kerana ini melibatkan hak cipta terpelihara penulis.

LEWAT MEMULANG BUKU
Denda 10 sen bagi setiap buah buku dan setiap hari persekolahan sahaja.

KEHILANGAN BUKU
Ganti buku baru yang sama atau denda wang tunai yang sama harga dengannya.


0 comments:

Post a Comment