KHEMAH MEMBACA

Nama Aktiviti  : Khemah Membaca
Tajuk               : Maxrecall
Anjuran           : Unit  Bimbingan Dan PSS
Sasaran           : Murid Tahun Enam
Penceramah    : Ustaz Jazman dan Puan Norhayati bt Abdullah (Kaunselor SMK Juasseh)
Tempat           : Dewan Baharu SK Ampang Tinggi
Masa              : 8.00 pagi – 1.00 petang
Tarikh              29 April 2009

AKTIVITI:    

            Dijalankan 2 slot iaitu pada waktu  pagi bersama Ustaz Jasman mengenai bagaimana membaca pantas dan daya mengingat.Penceramah juga menggunakan beberapa pendekatan bagaimana pelajar membaca pantas dan cara mengingat. Selain itu, penceramah mengadakan beberapa aktiviti dengan mengemukakan beberapa soalan dan meminta pelajar menjawab secara individu ataupun berkumpulan.

Rajah 1:Penceramah sedang menyampaikan  ceramahnya.Peserta mendengar dan memberi perhatian.

Rajah 2: Penceramah sedang memerhatikan para peserta menjawab soalan atau latihan yang diberikan.

Rajah 3: Para peserta sedang tekun membuat tugasan yang diberikan.
Pada slot kedua yang telah dijalankan pada pukul 10.30- 1.00 petang adalah Kemahiran Berfikir dan teknik –teknik mengingat dan menjawab.Contohnya secara akronim dan sebagainya.




Rajah 4 : Penceramah sedang  bersoal jawab dengan para peserta.



Rajah 5 : Para peserta mendengar ceramah yang disampaikan.





Rajah 6 : Seorang peserta mencuba menjawab tugasan yang diberikan untuk berkongsi maklumat dengan rakan-rakan yang lain. Ketika ini pencermah sedang menguji para peserta bagaimana hendak mengingat nama-nama pelangi secara mudah.
Aktiviti ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya.Pelajar-pelajar berjaya mengaplikasikan teknik mengingat ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka.

0 comments:

Post a Comment