PROGRAM NILAM - PROFIL

PROGRAM NILAM

SATU PROGRAM KEMENTERIAN PELAJARAN
WAJIB KEPADA SEMUA PELAJAR
MULAI 1999 HINGGA SEKARANG

 NILAM : NADI ILMU AMALAN MEMBACA.
 Merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca dengan memberi pengiktirafan yang sesuai.
 Program ini merupakan pendekatan menyuburkan tabiat membaca di kalangan pelajar.

Matlamat
 Membina tabiat membaca yang berkekalan di kalangan pelajar.
Objektif
 Menjadikan pelajar suka membaca.
 Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.

Sejarah
Program NILAM bermula pada tahun 1998 (di peringkat kebangsaan). Di peringkat negeri Pulau Pinang bermula pada tahun 1999. Semua murid Tahun 1, Tahun 2 dan Tingkatan 1 diwajibkan mengikuti program ini. Penglibatan sepenuhnya sekolah rendah dan sekolah menengah pada 2003.

3 elemen nilam
1. Rekod
2. Pengesahan
3. Pengiktirafan

Ganjaran dan pengiktirafan
 tahunan- buku rekod kemajuan
 keseluruhan
 sijil berhenti sekolah
 surat akuan sekolah

Program ini mempunyai dua tahap
1. Tahap Jauhari
2. Tahap rakan pembaca

Konsep
 Membina kemahiran dan minat membaca sehingga terbina satu tabiat.
 Aktiviti yang menjurus kepada penguasaan kemahiran membaca serta memupuk tabiat membaca yang berterusan.

Sumber Bacaan
 Pusat Sumber Sekolah
 Perbadanan Perpustakaan Awam
 Perpustakaan Awam Negeri
 Kedai buku
 Perpustakaan Bergerak
 Perpustakaan Desa
 Perpustakaan Keluarga
 Perpustakaan Masjid Perpustakaan Persendirian
 Perpustakaan Kemas
 Perpustakaan Komuniti
 Perpustakaan Siber

Bahan Bacaan Sekolah rendah-Tahap 1
1. Ilustrasi yang menarik dan berwarna warni.
2. Bahan berbentuk imaginasi dan fantasi.
3. Struktur ayat yang mudah.
4. Saiz font : 14 – 18
5. Bilangan muka surat : > 6 ms

Bahan Bacaan sekolah rendah –tahap 2
1. Ilustrasi yang sesuai mengikut keperluan.
2. Bahan berbentuk realiti.
3. Struktur ayat yang mudah kepada kompleks.
4. Gaya bahasa yang menarik.
5. Saiz font : 12
6. Bilangan muka surat : > 20 ms.

Bahan Bacaan sekolah menengah –tingkatan 1 – 3
1. Berdasarkan kebolehan dan minat pelajar.
2. Novel remaja yang bersesuaian.
3. Buku fiksyen dan bukan fiksyen.
4. Bilangan muka surat : > 30 ms.

Bahan Bacaan sekolah menengah –tingkatan 4-5
1. Berdasarkan kebolehan dan minat pelajar.
2. Bahan yang membolehkan pelajar berfikir secara konkrit dan matang.
3. Buku-buku yang bertema dan plot yang lebih kompleks.
4. Bilangan muka surat : > 50 ms.

Rekod Bahan Bacaan
1. Menjadi tanggungjawab pihak sekolah membekalkan buku rekod membaca kepada semua pelajarnya.
2. Buku rekod membaca mesti diganti apabila hilang, rosak atau habis digunakan.
3. Hantar buku rekod membaca pelajar ke sekolah baru jika pelajar berpindah.
4. Pelajar baru membawa buku rekod membaca dari sekolah lama. Setiap buku yang dibaca, pelajar akan membuat sinopsis dalam Buku Rekod Membaca Program NILAM mengikut format yang ditentukan. Guru akan mengesahkan rekod membaca pelajar dengan menurunkan tanda tangan dan tarikh disemak. Pengesahan bacaan tanggungjawab diberikan kepada Guru kelas & semua guru. Pelajar bebas memilih guru bagi menyemak ringkasan pembacaannya jika guru yang ditetapkan tidak hadir.

PENGIKTIRAFAN TAHAP JAUHARI SEKOLAH RENDAH

JUM. BACAAN* PENGIKTIRAFAN
 90 – 179 GANGSA
 180 – 269 PERAK
 270 – 359 EMAS
 360 ke atas NILAM

FORMULA BACAAN SEKOLAH RENDAH


0 comments:

Post a Comment